Thursday 20 September 2012

PERMAINAN 7 BOTOL


Peserta: Tidak terhad
Alatan: -

Peraturan:
1. Peserta diminta membuat satu bulatan besar.

2. Peserta diminta menyebut sifir 7.

3. Semasa peserta membilang nombor, setiap nombor yang mempunyai angka 7 atau nilai yang berada di dalam sifir 7, contohnya:
• 7, 17, 27, 37,.....
• 7, 14, 21, 28,.....
akan digantikan dan disebut dengan perkataan ”botol”. Sebagai contoh:
• 1, 2, 3, 4, 5, 6, botol, 8, 9....
• botol, 15, 16, botol, 18, 19....



4. Peserta yang salah menyebut nombor atau botol tersebut, akan dikeluarkan dari permainan ini.

5. Pada akhir permainan, dua peserta sahaja yang akan berentap untuk menentukan siapakah juara permainan ini.

* Sifir 7 tersebut boleh ditukar dengan sifir-sifir lain agar lebih menarik dan mencabar. Permainan ini amat sesuai kepada murid yang sudah belajar sifir sehinggalah kepada orang dewasa

2 comments:

  1. sejarah permainan ini ditubuhkan bila ek

    ReplyDelete
  2. Siapa sih yang gamau dapet PS4 dengan cara main game. Gamenya asik dan hadiahnya banyak. Boleh dicoba gan (buat android)--> http://id.luckytablegame.com/envelope.aspx?code=8243222784&name=Andy&t=facebook

    ReplyDelete