Thursday 20 September 2012

PERMAINAN " INI SATU KISAH..."


INI SATU KISAH…

Pengenalan

Permainan ‘Ini Satu Kisah’ ini adalah satu permainan ringkas yang direka khas untuk mengasah bakat dan kemahiran mendengar serta kemahiran berfikir seseorang individu khasnya kepada kanak-kanak. Selain itu, permainan ini juga dapat menjadi aktiviti yang berfaedah yang dapat dimainkan pada masa lapang
Peraturan

Sebenarnya tiada peraturan khusus yang diperuntukkan dalam permainan ini tetapi beberapa perkara haruslah diambilkira oleh pemain-pemain. Antaranya ialah:

• Jumlah pemain hendaklah sekurang-kurangnya 2 orang pemain. Namun jika lebih ramai pemain akan menjadikan permainan semakin menyeronokkan dan lebih mencabar.
• Masa yang diambil oleh seorang pemain untuk berfikir hendaklah tidak melebihi 3 saat atau pemain akan dikira ‘mati’ dan terkeluar dari permainan.
• Pemain tidak dibenarkan merujuk kepada mana-mana bahan atau sumber semasa dalam permainan.
• Seorang pengadil dan penjaga masa diperlukan untuk mengetuai permainan.


Bahan dan Alatan

Tiada bahan dan alatan khusus yang digunakan di dalam permainan ini.

Cara Bermain

• Semua pemain perlu duduk bersama dan membentuk satu bulatan penuh.


• Pemain akan membilang nombor giliran masing-masing.
• Permainan bermula apabila pengadil memberikan satu ayat yang tergantung contohnya “Pada suatu hari…”.
• Pemain pertama akan menyambung ayat yang diberikan oleh pengadil dengan pantas seterusnya diikuti oleh pemain-pemain lain mengikut giliran mereka.
• Pemain perlu memastikan ayat yang disambung haruslah sentiasa tergantung. 
• Pemain tidak boleh menamatkan sesuatu ayat.
• Ayat yang disambung perlulah logik dan menarik untuk membentuk sebuah cerita dan tidak lari daripada sambungan ayat oleh pemain terdahulu.
• Masa yang diambil oleh pemain untuk menyambung ayat hendaklah tidak melebihi 3 saat atau pemain akan dikira ‘mati’ dan terkeluar dari permainan.
• Apabila salah seorang pemain ‘mati’ atau terkeluar, pengadil akan memberikan satu ayat baru untuk dimulakan semula oleh pemain yang tinggal
• Permainan akan menjadi lebih sengit apabila setiap pemain diminta hanya memberikan satu perkataan sahaja untuk menyambung ayat.
• Sekiranya pemain gagal memberikan satu perkataan atau pun pemain memberikan lebih daripada satu perkataan, pemain itu juga akan dikira ‘mati’.
• Permainan akan berterusan sehingga hanya tinggal dua orang pemain sahaja dan mereka akan berselang-seli menyambung perkataan dengan pantas untuk membentuk cerita yang direka sendiri sehingga terdapat hanya seorang pemenang.

No comments:

Post a Comment